Langkau ke kandungan utama

AKTIVITI : Sesi Dialog JTMK Bersama Pihak Unit ICT PMS...

Pada 6 Mac yang lalu,satu sesi dialog telah diadakan antara pelajar dan kakitangan JTMK bersama pihak Unit ICT PMS. Dialog ini merupakan satu sesiyang digunakan bagi menjelaskan beberapa perkara yang berlaku di  JTMK, terutamanya makmal JTMK.

Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Abdullah Azraai. Ketua Jabatan JTMK, Pn. Harzulaili menyampaikan ucapan aluan, beserta beberapa pengumuman yang telah ditetapkan. Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan dari Ketua Unit ICT, Pn. Azuen. Dan program diakhiri dengan sesi dialog pelajar bersama wakil JTMK dan UICT.

Berikut adalah antara hasil dialog dan juga gambar yang sempat dirakam sepanjang program.






















BIL.
ISU - ISU
1.
WAKIL DARIPADA DNS 6 A

SOALAN 1
Mengapa kami (pelajar) tidak dibenarkan membawa masuk Komputer Peribadi ke Makmal Komputer ?

JAWAPAN :
1. Komputer telah disediakan untuk kegunaan P&P.
2. Untuk mengurangkan risiko barang hilang di Makmal Komputer.
3. Untuk memupuk sifat bertanggungjawab terhadap Komputer yang telah disediakan.

SOALAN 2
Komputer di dalam Makmal Komputer banyak yang rosak, bagaimana kami hendak menggunakannya?

JAWAPAN :
1.  Pihak UICT tidak menerima laporan kerosakan Komputer. Oleh itu, pelajar perlu mengisi Borang Laporan Kerosakan yang disediakan di dalam Makmal Komputer sekiranya terdapat Komputer yang rosak.
2.  Tempoh penyelenggaraan adalah 3 hari dari tarikh laporan dibuat.

2.
WAKIL DARIPADA EIP 3 A

SOALAN 1
Bagaimana dengan Komputer yang tiada ‘software’ untuk digunakan?

JAWAPAN :
‘Software’ pada Makmal Komputer akan diinstall mengikut kurikulum yang diberi oleh pensyarah.

SOALAN 2
Mengapa pelajar tidak dapat menggunakan WIFI pelajar?

JAWAPAN :
Politeknik telah menerima 100mb  dan 20mb dibahagikan untuk wifi pelajar iaitu di asrama, wakaf HEP, wakaf JRKV dan Kafeteria.

SOALAN 3
Mengapa pelajar tidak dapat membuka You tube?

JAWAPAN :
You tube telah pun dibuka untuk digunakan. Berkemungkinan Komputer Peribadi pelajar mempunyai masalah teknikal / proxy yang disetting sendiri oleh pelajar.
3.
WAKIL DARIPADA EIP 1 A

SOALAN 1
Apakah prosedur untuk menginstall ‘software’ dalam Komputer?

JAWAPAN :
Pihak UICT sahaja yang boleh menginstall ‘software’.
Pelajar tidak dibenarkan menginstall ‘software’ sendiri dalam Komputer di Makmal
Komputer.

4.
WAKIL DARIPADA DIP 2 B

SOALAN 1
Kebanyakkan Komputer dilabelkan ‘ROSAK’ tetapi masih belum dibaiki.

JAWAPAN :
Sekiranya kerosakkannya adalah major, pihak UICT perlu menghantar laporan kerosakkan ke Syarikat DELL untuk dibaiki. Jadi, ianya akan mengambil masa yang lama untuk dibaiki.

5.
WAKIL DARIPADA DNS 5 B

SOALAN 1
Bagaimana kami (pelajar) hendak menggunakan Komputer kerana terdapat banyak Komputer yang rosak di Makmal Kabel Rangkaian 1?

JAWAPAN :
Pihak UICT akan terus membaikinya sekiranya kerosakan adalah sedikit dan mudah untuk dibaiki.

SOALAN 2
Komputer di Makmal Komputer  mempunyai Virus yang banyak. Semua data telah dimasuki virus menyebabkan data hilang.

JAWAPAN :
Antivirus telah diinstall.

6.
WAKIL DARIPADA DIP 3 B

SOALAN 1
Bilangan Komputer yang sedikit di Makmal Hypermedia 1 sehingga kami terpaksa berkongsi Komputer untuk menyiapkan tugasan.

JAWAPAN
Pensyarah boleh menggunakan Makmal Komputer yang lain sekiranya terdapat kekosongan.

SOALAN 2
Tetikus dan Keyboard tiada di dalam Makmal Komputer

JAWAPAN :
Tetikus dan Keyboard perlu minta pada Penyelia Makmal atau Pensyarah Kursus.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AKTIVITI : Ringkasan Aktiviti Sesi Disember 2018 (Bahagian 3)...

Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak JTMK PMS sepanjang sesi Disember 2018. .Bahagian 3. (15 Mac 2019) CSR di Tadika Pintar Al-Quran Kakitangan JTMK PMS bersama pelajar-pelajar dari Kelab Teknologi Maklumat telah menjalankan program khidmat masyarakat dengan mengecat bangunan di Tadika Pintar Al-Quran, Muadzam Shah. (20-21 Mac 2019) Technology Fun Festival 2019 Technology Fun Festival 2019 (TechFest2019) adalah program yang menggabungken beberapa aktiviti utama yang dianjurkan oleh JTMK KPMS. Antara yang berlangsung adalah E-Games, gerai jualan, zumba, dan pameran pembentangan akhir FYP (DICE).

AKTIVITI : Pembentangan Proposal Projek Akhir Pelajar...

Pada 20 Ogos yang lalu, telah diadakan sesi pembentangan proposal projek akhir pelajar bagi kursus FP521 Project Analysis & Design dan FN521 Network Project Analysis & Design. Kira-kira 54 kumpulan pelajar DIP dan DNS terlibat dengan pembentangan ini. Berikut adalah antara gambar yang sempat dirakamkan sepanjang sesi pembentangan berlangsung;

PENGUMUMAN : Peta Lalu Lintas Hari Pendaftaran Pelajar Senior Sesi Jun 2016...

Pendaftaran Pelajar Senior JTMK Sesi Jun 2016 akan diadakan pada 16 Jun 2016. Pelajar akan mendaftar kamsis di Poly Biz Mall pada sebelah pagi dan daftar pengajian di jabatan pada sebelah petang. Sehubungan itu, bagi melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut, mohon para pelajar senior yang terlibat untuk memaklumkan pada ibu bapa yang menghantar agar mematuhi arahan lalu lintas yang telah disediakan. Keseluruhan jalan di sekitar bangunan akademik dan kamsis akan diakses secara sehala sahaja. Ibu bapa boleh meletakkan kenderaan di kawasan yang telah ditetapkan. Berikut adalah peta perjalanan semasa hari pendaftaran berlangsung; Mohon untuk dimaklumkan kepada semua pelajar senior yang akan mendaftar agar dapat melancarkan perjalanan lalu lintas pada hari tersebut.